Monday, February 7, 2011

Safee Sali : Bermain Di ISL Adalah Impian Saya

TEKA-TEKI kepindahan Mohd Safee Sali terjawab setelah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengumumkan penyerangnya itu akan mengenakan kostum klub Liga Super Indonesia - Pelita Jaya.

ketua umum FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin mengatakan ada tiga lagi pemain Selangor yang diincar beberapa klub Indonesia, ketika sidang media di Wisma FAS, Kelana Jaya, semalam.

“Saya akui bukan Safee seorang dilamar kelab Indonesia,” kata Hamidin. “Ada tiga pemain lagi turut menarik minat mereka, tetapi saya tidak boleh beritahu siapa.”

Nama Safee mula melonjak selepas menjadi top skor Piala AFF Desember lalu manakala pemain Selangor itu turut menganggotai skuad Harimau Malaya pada kejuaraan antar negara asean itu bersama rekan setimnya Mohd Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim dan Mohd Amri Yahyah.

“Buat masa ini, hanya Safee seorang akan dilepaskan manakala pemain lain mungkin akan dipertimbangkan selepas kontrak mereka tamat November ini,” kata Hamidin.

Bagi Safee pula, perpindahannya ke Pelita Jaya adalah untuk memenuhi impiannya beraksi di luar negari.
“Jika tidak sekarang, bila lagi saya dapat memenuhi impian itu? Saya harap selepas mengutip pengalaman di sana, ada kelab lebih besar berminat mendapatkan khidmat saya.”

Bagi penghormatan dan perpisahaan bagi safee, FAS akan menyerahkan tanggungjawab sebagai kapten kepada penyerang itu pada pertandingan terakhirnya bersama Selangor di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

FAS juga enggan menyebutkan nominal harga transfer yang dibayar Pelita Jaya untuk mendapat Safee yang kontraknya bersama Selangor juga berakhir bulan November .

No comments:

Post a Comment